Semakin meningkat usia perkahwinan, perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuang yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila tanggungan keluarga semakin bertambah.
Jika tidak dikawal, ujian dan tanggungjawab rumah tangga akan menyebabkan suami isteri semakin “bisu”. “Mati kutu” memanjang. Ada kalanya duduk rapat-rapat tetapi sudah tidak bertemu lagi. Masing-masing menonton televisyen, cerita yang sama, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran, tidak ada yang dibualkan. Dalam kereta, suami sibuk memandu, isteri pula membisu. Mujur ada anak-anak sebagai “mediator” secara tidak rasmi, terhubung jugalah seketika. Apabila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.
Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta? Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta? Kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula-mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingatlah bahawa kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali. Ops! Dengan orang yang sama iaitu pasangan hidup kita. Cinta itu perlu diperbaharui setiap hari dan selama-lamanya. Perbaharuilah cinta dengan kata-kata yang baik. Jangan membsiu dan jangan menjadi tuli. Sentiasa menjadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka untuk mendengar.
Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topic yang menarik untuk dibualkan.
Cara lain?
Cara yang lain ialah:
1. Berdoa untuk Allah s,w,t ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
2. Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
3. Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
4. Sekali-sekala masak bersama resepi kesukaannya.
5. Jangan prasangka dan curiga dan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.
6. Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan “gencatan suara” melebihi 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara rasmi atau tidak rasmi.
7. Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munjat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.
Bercintalah berkali-kali.